26
Fri, Apr

TEKONG WARGA TEMPATAN, 4 WARGA INDONESIA DITAHAN CUBA KELUAR DARI PERAIRAN MALAYSIA

PONTIAN, 3 Februari – Seorang tekong warga tempatan telah ditahan ketika cuba menyeludup keluar empat lelaki warga Indonesia di kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Tanjung Piai pada pukul 8.00 malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot fiber tidak bernombor dalam keadaan mencurigakan sebelum bot fiber terbabit bertindak memecut laju menuju perairan Indonesia apabila melihat kehadiran bot ronda Maritim Malaysia.

Bertindak pantas dan berjaya memintas bot fiber tersebut, anggota Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap bot fiber terbabit dan menemukan empat lelaki warga Indonesia berumur 25 tahun hingga 38 tahun bersama seorang tekong warga tempatan berumur 48 tahun.

Hasil siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia terbabit cuba keluar dari perairan Malaysia dan menuju ke Tanjung Balai, Indonesia. Bot fiber bersama kesemua suspek telah dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai dan diserahkan kepada Unit Siasatan Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor bagi siasatan lanjut.

Kesemua warga Indonesia terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959 bagi kesalahan keluar masuk Malaysia melalui jalan yang tidak

diwartakan. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau dipenjarakan tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi tekong warga tempatan pula akan disiasat dibawah Seksyen 26B Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa peruntukan penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pihak Maritim Negeri Johor tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menyeludup masuk atau keluar pendatang asing melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan negeri Johor.

 

TEKONG PONTIAN FRONT PAGE

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON