LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 1 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 5, Kuala Linggi (DM5) telah menganjurkan Hari Pertandingan Menembak bersama Media bertempat di Lapang Sasar Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang, pada 25 Februari lalu.

Seramai 12 peserta dari pelbagai syarikat media cetak dan elektronik terlibat dalam menjayakan program ini. Antaranya TV3, RTM, Astro Awani, Harian Metro, Berita Harian, Bernama dan Sinar Harian dijemput bagi mengambil bahagian dalam pertandingan itu, yang diadakan mulai 8 pagi.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 5 Kuala Linggi, Kepten Maritim Mazlan bin Mat Rejab berkata, pihak media dan agensi ini saling memerlukan diantara satu sama lain.yang diibaratkan seperti isi dengan kuku, iaitu hubungan yang tidak dapat direnggangkan.

"Ini kerana, aktiviti sebegini dijalankan bagi mengingatkan kedua-dua pihak mengenai hakikat tersebut," katanya ketika berucap pada majlis penutup Hari Pertandingan Menembak bersama Media.

Pada hari sebelumnya, satu sesi Ujian Kemahiran Senjata Api Kecil (UKMSK) bagi semua pegawai dan anggota telah dilakukan bertujuan untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api kecil yang sering digunakan sewaktu melaksanakan operasi di laut. Secara tidak langsung latihan ini dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu bertugas.

Pada hari tersebut, anggota telah menjalani ujian penembakan bagi acara Pistol Precision 15 dan 20 meter dan Falling Plate 25 meter dan rifle m16 jarak 150 meter.

menembak menembak 5
   

Sumber:

LK I (M) Siti Nur Naiemah binti Abdul Shukur

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 (DM5)