LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 24 Februari  Program Ikhtiar Hidup bagi pelatih asas Leftenan Muda Maritim Siri 8 dan LK II Maritim Siri 13 tamat hari ini. Program yang berlangsung selama tiga hari ini membawa pelatih berkhemah di Kem Perkhemahan Sungai Pandan, Panching, Kuantan mulai 22 Februari lalu.

Program ini dilaksanakan bagi menguji daya ketahanan fizikal, mental, daya usaha, toleransi, kerjasama serta tahap disiplin pelatih dalam membentuk semangat ‘esprit de corps’ sesama pasukan.

Pelatih telah didedahkan dengan perbagai kemahiran perkhemahan dan ikhtiar hidup (survival) selain kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan.

Majlis penutup telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah dirasmikan oleh Laksamana Pertama Maritim Christopher Ravindran Dass, Komandan Latihan Maritim, AMSAS.

 

 DSC 0464  DSC 9071

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS