26
Fri, Apr

TUNDA IKAN DI ZON LARANGAN, BOT NELAYAN DITAHAN

LANGKAWI, 21 Disember – Akibat menunda ikan di zon larangan, sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis di kedudukan kira-kira sembilan batu nautika barat Tanjung Belua lewat petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Romli bin Mustafa berkata, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan operasi OP AMAN dan OP TIRIS di perairan Langkawi.

Beliau turut memaklumkan, bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan tiga kru kesemuanya warga Thailand yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi).

Kru, tekong dan bot ditahan bersama ikan campur seberat 500 kilogram telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah lima belas batu nautika dari pantai.

Romli menjelaskan, kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana mereka tidak meninggalkan jejak dan kebiasaannya aktiviti itu dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak lima belas batu nautika daripada pantai.

Aktiviti menangkap hasil laut kurang daripada lima belas batu nautika dari pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan itu.

Justeru tegas beliau pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat sah lesen.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim atau pelanggaran undang-undang dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 12 21 at 8.39.45 AM 1
 
WhatsApp Image 2023 12 21 at 8.39.46 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON