26
Fri, Apr

OP MARDOF | BUBU NAGA BERNILAI HAMPIR RM50 RIBU BERJAYA DIRAMPAS

LUMUT, 18 Disember - Sebanyak 496 set bubu naga (Bubu Kambang) dengan anggaran nilai hampir RM50 ribu berjaya dirampas pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak dalam serbuan sempena OP MARDOF di Jeti Pangkalan Baru, Pantai Remis pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan Maritim Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Perak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 32 orang.

Tambah beliau, kejayaan operasi ini telah membongkar aktiviti perikanan menggunakan bubu naga yang dipasang oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar perairan Negeri Perak melalui hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat rungutan serta aduan yang diterima daripada orang ramai dan komuniti maritim kepada pihak berkuasa.

Kesemua bubu naga yang dirampas itu dibawa ke pejabat Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

OP MARDOF Negeri Perak dilihat sebagai salah satu inisiatif kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dengan DOF dalam memperkasakan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan siasatan terutamanya berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Secara keseluruhannya, OP MARDOF Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya hasil kerjasama erat dengan agensi berkaitan dalam usaha mencapai misi dan objektif yang sama serta ‘best practice applicable’ demi kelangsungan sekuriti sumber hasil laut dan kesejahteraan perairan negara.

Berdasarkan kepada kejayaan daripada operasi kali ini, Maritim Malaysia dan DOF komited untuk terus melaksanakan operasi seumpama ini bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan sentiasa terpelihara.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

 

WhatsApp Image 2023 12 18 at 3.21.54 PM   WhatsApp Image 2023 12 18 at 3.21.55 PM   WhatsApp Image 2023 12 18 at 3.22.01 PM   WhatsApp Image 2023 12 18 at 3.22.01 PM 2

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON