26
Fri, Apr

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MENTERI DALAM NEGERI

TAWAU, 16 Disember – Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama pengurusan tertinggi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sabah sempena lawatan kerja beliau ke Tawau, Sabah telah diadakan pada malam tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin serta ucapan daripada Ketua Setiausaha KDN, Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi.

Kemuncak majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan Menteri Dalam Negeri, yang menzahirkan penghargaan kepada warga KDN khususnya yang berada di kawasan Pantai Timur Sabah.

Beberapa isu penting turut diberi perhatian kepada Maritim Malaysia seperti persediaan penguatkuasaan di sempadan Malaysia-Indonesia, perolehan aset baharu, perjanjian persefahaman Malaysia-Japan dan kerjasama dengan negara-negara luar.

Beliau turut berbangga dengan prestasi Maritim Malaysia yang sering mendapat perhatian daripada negara berkuasa besar. Beliau juga berharap agar pada tahun hadapan keupayaan aset beroperasi menjadi fokus bagi memperkasakan penguatkuasaan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan dari kedua dua pihak dan sesi beramah mesra.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, Pengarah - Pengarah Bahagian Ibu Pejabat serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi bawah Kementerian Dalam Negeri.

 

MDN TAWAU 3   MDN TAWAU 4   MDN TAWAU 7
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON