26
Fri, Apr

BERSAUH TANPA KEBENARAN, KAPAL KARGO DITAHAN

LUMUT, 13 Disember – Maritim Negeri Perak telah menahan sebuah kapal kargo yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 46.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor pada sekitar jam 4.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, kapal kargo itu dikesan sedang bersauh oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin dalam OP PINTAS / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak seterusnya dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, kapal kargo itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu 20 kru yang terdiri daripada warga China dalam lingkungan umur 22 hingga 49 tahun didapati gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 491B (1) (1) iaitu bersauh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nakhoda dan ketua jurutera kapal seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim.

Peringatan kepada komuniti maritim, sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil dan sebarang laporan, aduan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BERSAUH LUMUT 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON