26
Fri, Apr

PROGRAM SAMBUTAN HARI KELUARGA IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 3 Disember– Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama Masjid Darul Naim (KOMTAS)  telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS), Kompleks Maritim Tun Abang Salahudin (KOMTAS).
 
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, program  ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).
 
Pada Sambutan Hari Keluarga kali ini, beberapa acara diadakan termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan para ibu bapa yang diadakan pada sesi pagi. 
 
Seterusnya program diserikan dengan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Pencetus Ummah merangkap guru agama SMK Sri Matang, Ustaz Muhammad Fakhrul Islam bin Mohd Zarin dengan tajuk ceramah ‘Keluarga bahagia, kehidupan sejahtera’  yang diadakan seusai solat magrib di Masjid Darul Naim (KOMTAS).
 
Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan kakitangan APMM Sarawak.
 
WhatsApp Image 2023 12 03 at 9.45.46 PM 3   WhatsApp Image 2023 12 03 at 9.45.46 PM 12   WhatsApp Image 2023 12 03 at 9.45.46 PM 15   WhatsApp Image 2023 12 03 at 9.45.46 PM 19
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON