26
Fri, Apr

PROGRAM SAHABAT MARITIM ZON MARITIM BATU PAHAT

MUAR, 18 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat telah menjayakan program Sahabat Maritim 2023 di Kampung Sungai Balang Muar Johor.

Objektif program adalah sebagai pendekatan menyampaikan peranan dan matlamat agensi disamping beramah mesra bersama komuniti maritim dan menyemai hubungan baik serta mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi dengan penduduk setempat.

Dalam program yang sama taklimat kesedaran keselamatan di laut dan pameran kerjaya. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan persekitaran jeti Sungai Balang, aktiviti mewarna bagi kanak- kanak serta sukan rakyat seperti pertandingan memancing, pertandingan timbang capteh, pertandingan boling kelapa dan pertandingan tarik tali.

Program telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa kepada para pemenang, Ketua Kampung Sungai Balang, En Nazaruddin bin Abu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Encik Mohd Nur Hakim bin Simon dan Ketua Komuniti Nelayan Sungai Balang, Encik Md Jais bin Adnan.

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON