27
Sat, Apr

CEROBOH PERAIRAN NEGARA EMPAT KRU WARGA INDONESIA DITAHAN

PULAU PINANG, 22 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Asing (BNA) dari Indonesia di sekitar 45.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada pukul 12.00 tengah hari, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, KM Burau mengesan bot berkenaan berada di perairan Malaysia sebelum mereka ditahan untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia. Seramai empat kru warga Indonesia termasuk tekong berusia lingkungan umur 20 hingga 40 tahun berada di atas bot ketika diperiksa.

Pemeriksaan ke atas dokumen kru serta tekong mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia.

Kesemua kru kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.

Bot, kru serta 20 kilogram ikan campur dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung , Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera.

 

9287c2a5359a83bf9287c2a5359a83bfNELAYANPP

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON