26
Fri, Apr

BOT NELAYAN ASING DITAHAN CEROBOH PERAIRAN LANGKAWI

LANGKAWI, 20 Jun – Sebuah bot nelayan asing dari negara Thailand yang sedang melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan negara telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika barat laut Pulau Jemurok, Langkawi pada tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, bot berkenaan ditahan ketika bot Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan rutin di perairan Langkawi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut dikendalikan dua kru termasuk tekong masing-masing berumur 37 tahun dan 44 tahun. Pemeriksaan lanjut turut menemui dokumen pengenalan diri mereka yang meragukan. Bot nelayan asing berkenaan turut didapati tidak mempunyai permit menangkap ikan daripada Pengarah Perikanan Malaysia

Kesemua mereka serta bot berkenaan ditahan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.

Sabitan di atas kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM 600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.

Bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucuthak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan.

Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti perikanan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia dan salah laku yang lain.

 

ea742762b0ff83d8ea742762b0ff83d8NELAYANLANGKAWI4   e79015f38285f057e79015f38285f057NELAYANLANGKAWI2   dea51a02f0cf5fde3a2477bd50799bd9NELAYANLANGKAWI6

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON