26
Fri, Apr

HKKM 2023 | TAKLIMAT DAN SESI DIALOG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAWASAN BINTULU

BINTULU, 19 Jun – Bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2023 yang disambut pada bulan ini, Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu telah mengadakan satu taklimat keselamatan di laut kepada komuniti nelayan kawasan Bintulu baru-baru ini.

Taklimat ini menfokuskan kepada fungsi dan tugas Maritim Malaysia serta kepentingan penggunaan peralatan keselamatan sebelum turun ke laut; antaranya pemakaian jaket keselamatan, tatacara menggunakan pelampung keselamatan, alat pemadam kebakaran (APAK) dan juga Personal Locator Beacon (PLB).

Lebih menarik, satu sesi dialog telah diadakan bagi memberi peluang kepada komuniti nelayan untuk sesi soal jawab berkaitan akta, peraturan dan isu-isu semasa.

Wakil daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan wakil daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak turut serta ketika sesi dialog ini berlangsung.

Majlis ini telah diadakan di PROMENADE Hotel Bintulu dengan kehadiran seramai 20 orang wakil daripada komuniti nelayan sekitar Bintulu.

Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, Pengarah Zon Maritim Bintulu dan Encik Pang anak Nyukang, Ketua Cawangan Monitoring Control Surveilance (MCS), Bahagian Konservasi dan perlindungan Perikanan (KOOP) Putrajaya telah menyerahkan lima jaket keselamatan kepada wakil komuniti nelayan Bintulu sebagai simbolik sempena kempen HKKM 2023 peringkat kebangsaan.

 

647961bb6d4e0603647961bb6d4e0603HKKMBINTULU4   811348c13c54936c811348c13c54936cHKKMBINTULU6   c789b45afae28483c789b45afae28483HKKMBINTULU7
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON