27
Sat, Apr

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM BAGI ZON MARITIM MERSING

MERSING, 6 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing  telah mengadakan taklimat kesedaran keselamatan bagi bot nelayan, bot memancing, dan bot penumpang baru-baru ini bersempena sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) pada jam 8.00 pagi tadi.
Taklimat kesedaran keselamatan ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Mersing, Leftenan Maritim Mohd Firdaus Bin Hamdan kepada kesemua kru terlibat memandangkan mereka melakukan aktiviti di laut. 
Program kesedaran keselamatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada komuniti maritim tentang langkah-langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut seperti memakai jaket keselamatan, cakna terhadap ramalan kaji cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut, memastikan peralatan dan kelengkapan kecemasan di laut berada dalam keadaan baik serta memiliki Personal Life Beacon (PLB).
HKKM disambut di negara ini pada 6 Jun setiap tahun bermula 2021, sebagai memperingati tarikh pengambilalihan tugas mengkoordinasikan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) daripada Jabatan Laut Malaysia bermula pada tahun 2006.
Pelbagai aktiviti dirancang di seluruh negara menerusi kempen ini bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan semasa berada di laut dalam kalangan masyarakat amnya dan komuniti maritim khasnya.
61afae1d0ca5c85461afae1d0ca5c854WhatsAppImage2023 06 06at16.09.20
d73fef8b911735ced73fef8b911735ceWhatsAppImage2023 06 06at16.07.58
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON