26
Fri, Apr

MENARIK PUKAT DI KAWASAN LARANGAN, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

KUALA KURAU, 28 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C pada kedudukan 10.6 batu nautika barat daya Muara Kuala Kurau pada sekitar jam 10.40 pagi semalam.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot itu dan dirapati untuk pemeriksaan.
 
Hasil pemeriksaan menemukan seramai empat kru nelayan warga Thailand termasuk tekong, memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur antara 25 hingga 48 tahun. 
 
Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen dan kebenaran menggajikan kru warga asing yang sah, namun melakukan kesalahan dengan menarik pukat di kawasan yang tidak dibenarkan seperti yang ditetapkan dalam lesen.
 
Sebanyak kira-kira 160 kilogram ikan campur dan 500 kilogram ikan baja ditemukan semasa pemeriksaan dilakukan. 
 
Kesemua kru ditahan manakala bot, peralatan menangkap ikan, hasil perikanan disita sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan. 
 
Maritim Malaysia akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang persekutuan di perairan negara.
 
Sebarang aduan, salah laku dan insiden di laut orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
 

 

WhatsApp Image 2023 03 28 at 11.30.27   WhatsApp Image 2023 03 28 at 11.30.27 2
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON