26
Fri, Apr

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) APMM KE ATAS PANGLIMA OPERASI UDARA

SUBANG, 2 Mac - Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) yang menanggung kerja jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM di Markas Pemerintahan Operasi Udara Pangkalan Udara Subang, semalam.

Kunjungan Laksamana Muda Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin disambut mesra oleh Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang turut diiringi oleh pegawai daripada kedua-dua agensi.

Pertemuan selama satu jam itu adalah membuktikan jalinan kerjasama di antara TUDM dan APMM adalah pada tahap yang tertinggi dalam memastikan kesiapsiagaan anggota kedua-dua agensi bagi melindungi dan mempertahankan kepentingan Zon Maritim Malaysia.

Kunjungan hormat ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dalam berkongsi ideologi dan strategi ke arah kecemerlangan bersama pada masa akan datang.

Di akhir pertemuan, kedua-dua pemimpin meluangkan masa untuk mengadakan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan sebagai simbolik hubungan baik yang terjalin hasil daripada kunjungan hormat ini.

 

WhatsApp Image 2023 03 02 at 12.05.05   WhatsApp Image 2023 03 02 at 12.05.06
WhatsApp Image 2023 03 02 at 12.05.07   WhatsApp Image 2023 03 02 at 12.05.07 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON