26
Fri, Apr

PROGRAM ‘MARITIME CAMP 1.0’ SEMPENA HUT KE-18 MARITIM MALAYSIA PERINGKAT ZON MARITIM TAWAU

TAWAU, 27 Februari – Seramai 114 anggota Zon Maritim Tawau telah hadir bagi menyertai program 'Maritime Camp 1.0' yang diadakan di Tagal, Sungai Nek Rose, Kampung Balung Cocos Tawau pada 25 Februari lalu.

Program yang dijalankan sempena sambutan Hari Ulang tahun Maritim Malaysia yang ke-18 peringkat Zon Maritim Tawau ini berkonsepkan riadah bersama anggota dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, riadah keluarga, sukan air, perkhemahan dan pembinaan arca simbolik di lokasi yang memberi imej positif kepada Maritim Malaysia.

Program ini juga mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota bagi melaksanakan tanggungjawab sosial serta menjalinkan hubungan baik bersama komuniti setempat selain mempromosikan nama Maritim Malaysia kepada umum.

Zon Maritim Tawau turut mendapat kerjasama Pengerusi Tagal Sungai Nek Rose Encik Rasit Bim Medical yang turut menzahirkan rasa penghargaan dengan sumbangan anggota di atas khidmat sosial yang diberikan.

ZM TAWAU    ZM TAWAU 5
ZM TAWAU 2   ZM TAWAU 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON