Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) di bawah Sektor Ketua Pengarah. Bahagian ini berperanan sebagai bahagian yang merancang perolehan dan pembangunan agensi bagi memastikan visi dan misi APMM tercapai. BPSA juga bertanggungjawab terhadap perhubungan antarabangsa bersama agensi maritim luar negara. |
GAGAL MAKLUM PERTUKARAN NAKHODA, DUA BOT LANGGAR SYARAT SAH LESEN DITAHAN
DUA BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 57 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
PERAIRAN NEGARA SELAMAT DARI ANCAMAN JENAYAH
30 SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952
MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
FUNGSI BAHAGIAN CARILAMAT DAN BANTUAN BENCANA (BLCBB)
Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Operasi yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan pelaksanaan operasi mencari dan menyelamat maritim dalam kawasan perairan tanggungjawab mencari dan menyelamat Maritim Malaysia. BCLBB dibahagikan kepada tiga seksyen dan dua cawangan seperti berikut: a. Seksyen CARILAMAT, |
FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN DAN BELANJAWAN
Bahagian Kewangan dan Belanjawan (BKB) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan kewangan, belanjawan dan perakaunan kepada warga APMM dan berperanan dalam aspek pemantauan pengurusan dan penyelarasan kewangan seluruh PTJ di bawah APMM. Cawangan Pengurusan Kewangan; |
FUNGSI BAHAGIAN PEROLEHAN
Bahagian Perolehan (PERO) adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Bahagian ini bertanggungjawab secara keseluruhan dalam merancang, mengurus dan menyelaras perolehan yang meliputi urusan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja secara Tender /Sebut Harga dan Pembelian Terus bagi memastikan mencapai objektif Agensi dengan mematuhi dasar, peraturan dan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa. |
FUNGSI UNIT INTEGRITI
Penubuhan Unit Integriti, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini diharapkan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan pegawai dan anggota APMM. Secara khususnya, penubuhan Unit Integriti APMM ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti pegawai dan anggota APMM. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi teras mengikut seksyen-seksyen seperti berikut:
|
Lebih banyak artikel..
MARITIM PULAU PINANG TINGKAT KERJASAMA DENGAN POLIS MARIN BATU UBAN
PULAU PINANG, 3 MEI – Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Razali bin Kasim mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Markas Polis Marin (PPM) Batu Uban, iaitu ACP Rusley bin Chi Ari semalam.
Delegasi Maritim Negeri Pulau Pinang disambut oleh Ketua Bahagian Kepolisan Am iaitu DSP Pakharuddin Amri bin Sanusi dan Ketua Operasi, ASP Mohd Puzi bin Din di Markas PPM Batu Uban.
Tujuan lawatan kerja rasmi ini adalah bagi berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Kawasan Operasi Maritim Malaysia (KOM) terutamanya di perairan negeri Pulau Pinang dan menjadi platform kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama sebagai sahabat strategik.
Selain itu, tinjauan turut diadakan ke aset-aset serta sesi suai kenal dengan anggota bot dan kapal oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang di jeti PPM Batu Uban.
Dalam pada itu, prasarana bagi keperluan penempatan aset kapal dan bot akan dipertingkatkan demi memantapkan kelangsungan operasi bagi jangka masa panjang.