KUALA PERLIS, 28 Jun - Program Suntikan Vaksin Influenza dan Typhoid ini merupakan inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Zon Maritim Kuala Perlis) demi menjaga kebajikan pegawai-pegawai dan anggota sebagai langkah pencegahan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas. Program tersebut telah dilaksanakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis yang dikendalikan oleh Klinik Remedic Kangar, Perlis pada jam lebih kurang 9.00 pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing, mereka yang diberikan suntikan vaksin itu terdiri daripada anggota pelbagai unit antaranya penguatkuasaan, pentadbiran, keselamatan dan siasatan. Langkah itu diambil susulan risiko jangkitan penyakit yang dibawa nelayan asing ketika melaksanakan pemeriksaan rutin di lautan.
Program ini adalah julung kalinya dilaksanakan pada tahun ini dengan penglibatan seramai 57 orang pegawai dan anggota terlibat dalam program suntikan vaksin yang terdiri daripada pegawai di pelbagai peringkat.
Seramai 35 orang pegawai dan anggota daripada pegawai di pelbagai peringkat juga turut terlibat dalam ujian saringan darah bagi tujuan mengenal pasti keperluan dan bilangan dos vaksin Hepatitis B.
Penerima suntikan ini akan menerima faedah secara langsung perlindungan daripada risiko penyakit berjangkit yang juga merupakan kepentingan dan objektif utama program ini dijalankan.
![]()
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

