GEORGETOWN, 19 November - Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsulat Jenderal Indonesia, Bapak Bambang Suharto di Pejabat Konsulat Kedutaan Indonesia di Pulau Pinang, pagi tadi.
Pertemuan ini diadakan bagi meningkatkan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Pejabat Konsul Jenderal. Perbincangan menjurus kepada pertindihan kawasan perairan Malaysia - Indonesia, kemasukan bot nelayan Indonesia di perairan Malaysia, gangguan vesel penguasa Indonesia dan Memorandum Of Understanding (MOU) Common Best Practices For Fishermen Wellbeing di kawasan perairan bertindih yang di tandatangan pada 2012 di Bali. Selain itu, dibincangkan juga beberapa juga aktiviti informal yang boleh dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim di antara Maritim Negeri Pulau Pinang dan Konsulat Jeneral. Pertemuan ini diharap dapat meningkatkan kerjasama dalam memperkukuhkan keselamatan perairan serantau.
Delegasi Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, sementara delegasi Indonesia diketuai oleh Bapak Bambang Suharto, Bapak Danu Agus Purnomo Polis Ajun Komisari Besar Polisi , Bapak Dimas Bayu Darmawan TNI dan Ibu Esther Rajagukguk.
Pertemuan ini julung kali diadakan selepas beliau menjawat jawatan tersebut pada awal November yang lalu.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

