PUTRAJAYA, 4 MAC β Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Ibu Pejabat Tahun 2026 bertempat di The Avenoir, Putrajaya.
Program yang diadakan bersempena bulan Ramadan ini menampilkan kelainan apabila warga Maritim Malaysia hadir bersama keluarga masing-masing.
Pendekatan tersebut mencerminkan penghargaan agensi terhadap peranan keluarga sebagai tulang belakang dan sumber kekuatan utama kepada setiap pegawai dan anggota dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Bin Abdullah dan isteri, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan bersama keluarga.
Antara pengisian utama program ialah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Peribadi Mulia, diikuti tazkirah penerapan nilai-nilai murni dan bacaan doa.
Program diteruskan dengan berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah dalam suasana penuh keinsafan dan kebersamaan.
Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh nilai integriti, amanah dan profesionalisme dalam kalangan warga Maritim Malaysia, malah menjadi platform merapatkan silaturahim antara pegawai, anggota dan keluarga besar agensi.
BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI
VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI
VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN
CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN
LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG
DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
KAPAL KARGO TEMPATAN GAGAL KEMUKA DOKUMEN DITAHAN
PERHIMPUNAN BULANAN KDN ; THINKING AHEAD TO GET AHEAD
PUTRAJAYA, 5 MAC β Pendekatan π΅π©πͺπ―π¬πͺπ―π¨ π’π©π¦π’π₯ π΅π° π¨π¦π΅ π’π©π¦π’π₯ perlu menjadi budaya kerja setiap pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi memastikan agensi ini terus relevan dan sentiasa melangkah dua tapak ke hadapan dalam mendepani cabaran keselamatan maritim.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, landskap ancaman kini berubah pantas, justeru Maritim Malaysia tidak boleh lagi beroperasi secara reaktif semata-mata, sebaliknya perlu menjangka risiko, meramal pola dan membuat keputusan berasaskan data.
βKalau kita hanya bertindak selepas sesuatu berlaku, kita sudah ketinggalan. Konsep π΅π©πͺπ―π¬πͺπ―π¨ π’π©π¦π’π₯ π΅π° π¨π¦π΅ π’π©π¦π’π₯ yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail menuntut kita merancang lebih awal, melihat dua langkah ke hadapan termasuk dalam aspek operasi, logistik dan pembangunan modal insan,β katanya.
Datuk Haji Mohd Rosli turut menegaskan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) antara instrumen penting yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya dalam pengurusan aset, analisis keperluan operasi serta penyimpanan dan penyelenggaraan logistik.
βAI boleh membantu kita melihat kekuatan sebenar aset di laut, mengenal pasti jurang keperluan, malah merancang penugasan dengan lebih strategik.
βSoalnya bukan lagi sama ada mahu guna atau tidak, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk menguasainya,β ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini hari ini.
Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di bawah KDN.
Terdahulu, majlis berkenaan turut diserikan dengan pengisian Forum Penghayatan Ramadan: Tadabbur Surah Al-Hujurat menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, Panel Strategik Dakwah YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, bagi menghuraikan mesej Surah Al-Hujurat berkaitan ukhuwah, kepentingan tabayyun dan budaya saling mengenali.
Sesi berkenaan telah dikendalikan Setiausaha Sulit Menteri Dalam Negeri, Ashraf Ahmad Hadi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

