KUANTAN, 30 JULAI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menerima lawatan ilmiah daripada peserta Kursus Search and Rescue Mission Coordinator Siri 1/2025 anjuran Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA), yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), semalam.
Lawatan ini merupakan sebahagian pengisian kursus yang bertujuan memberi pendedahan langsung mengenai struktur organisasi, peranan dan koordinasi antara unit penyelamat – khususnya fungsi Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) dalam sistem pengesanan dan penyelamatan negara.
Peserta telah dibawa meninjau fasiliti MYMCC dan menerima taklimat mengenai sistem Cospas-Sarsat APMM, pengurusan isyarat kecemasan, serta demonstrasi penggunaan peranti isyarat kecemasan dalam operasi CARILAMAT. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah MYMCC, Leftenan Maritim Muhamad Faizal bin Othman.
Lawatan ini disertai seramai 20 peserta dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi MAvA, Encik Abdul Rali bin Kassim.
Program seumpama ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan strategik antara agensi dan memperkasakan kesiapsiagaan negara dalam operasi menyelamat.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

