PUTRAJAYA, 21 APRIL – Satu perbincangan meja bulat mengenai jenayah terancang, aktiviti jenayah, dan pengaruh jenayah asing di Malaysia telah berlangsung di The Everly Hotel, Putrajaya pagi tadi.
Sesi tersebut dianjurkan oleh Global Initiative Against Transnational Organized Crime (GI-TOC), dan turut melibatkan penyertaan beberapa agensi penguat kuasa dalam dan luar negara.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama (M) Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah hadir mewakili Maritim Malaysia.
Perbincangan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh wakil GI-TOC. Taklimat merangkumi pola jenayah yang berlaku di Asia, serta beberapa kajian kes yang memberi gambaran lebih jelas tentang cabaran semasa dalam menangani jenayah terancang.
Usai taklimat, sesi meja bulat diteruskan dengan perbincangan yang lebih mendalam di antara peserta mengenai pelbagai isu. Antara topik yang dibincangkan adalah cabaran terkini dalam penguatkuasaan undang-undang, pola jenayah yang semakin kompleks, dan kepentingan kerjasama antara agensi penguat kuasa dari dalam dan luar negara.
Perbincangan memberi perhatian kepada aspek pembinaan kapasiti (capacity building) dan hala tuju agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mereka untuk menangani jenayah terancang dan pengaruh jenayah asing di Malaysia.
Selain Maritim Malaysia, turut terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis ASEAN (ASEANPOL).
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

