22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SULTAN SULAIMAN, KUALA TERENGGANU KE AMSAS

KUANTAN, 15 APRIL - Seramai tiga puluh satu pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan pada 11 April 2025 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kerjaya dalam bidang maritim serta fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Rombongan pelajar diiringi oleh enam guru pengiring, diketuai oleh Penyelaras Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Zaki bin Ahmad. Ketibaan mereka di AMSAS disambut mesra oleh penyelaras lawatan iaitu Leftenan Komander Maritim Mohd Kamil bin Md Jiai dan pegawai-pegawai AMSAS. Lawatan bermula dengan taklimat keselamatan dan tayangan video korporat, pengenalan kepada AMSAS dan fungsinya sebagai pusat latihan utama Maritim Malaysia dalam melatih pegawai-pegawai Maritim Malaysia.

Antara lokasi menarik yang dilawati termasuk kolam renang, pusat selam, dan lapang sasar tertutup. Para pelajar berpeluang menyaksikan sendiri latihan asas renang serta teknik menyelamat di kolam renang yang digunakan oleh kadet maritim. Di Pusat Selam, pelajar diperkenalkan dengan peralatan selaman skuba dan kaedah latihan menyelam yang menekankan aspek keselamatan dan kecergasan fizikal.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke lapang sasar tertutup, di mana pegawai AMSAS memberikan penerangan tentang asas pengendalian senjata api serta prosedur keselamatan semasa latihan menembak dijalankan.

Menurut salah seorang pelajar, lawatan ini sangat membuka mata dan memberi banyak ilmu pengetahuan mengenai peranan dan fungsi Maritim Malaysia.

“Saya kagum dengan tahap disiplin dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pegawai maritim. Ia menjadikan saya lebih berminat dengan kerjaya dalam bidang ini,” ujarnya.

Sesi lawatan ditutup dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderahati, serta sesi bergambar kenangan. Lawatan ini diharap dapat menyemai minat pelajar terhadap bidang maritim dan memperkenalkan peluang kerjaya dalam perkhidmatan keselamatan negara.

 

F6 LAWAT AMSAS2
 
F6 LAWAT AMSAS3
 
F6 LAWAT AMSAS4
 
F6 LAWAT AMSAS5
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC