TUMPAT, 27 November – Maritim Negeri Kelantan menganjurkan Program Sahabat Maritim buat kali ketiga tahun ini bertempat di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin, Program Sahabat Maritim merupakan salah satu inisiatif di bawah Tanggungjawab sosial korporat (CSR) Maritim Malaysia semenjak 2007.
Program ini bertujuan menjalinkan hubungan dan kerjasama secara langsung dengan masyarakat tempatan bagi memupuk kesedaran keselamatan maritim dalam usaha menangani isu perlanggaran undang-undang dan mengurangkan risiko berlakunya bencana di laut, selain mempromosikan peranan dan fungsi Maritim Malaysia kepada masyarakat.
Program itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Tuan Haji Hishamuddin bin Ab Rashid, Pengurus Rantaian Bekalan (Bahan dan Logistik) HESS Exploration and Production Malaysia, Kepten MS Affendy bin Haji Abd. Rani serta wakil dari agensi sahabat.
Komander Maritim Khairun Dalilah menambah, komuniti maritim perlu sentiasa berwaspada dan peka kepada aspek keselamatan ketika berada di laut terutamanya ketika musim tengkujuh yang melanda pada ketika ini.
Jelasnya lagi, sekiranya tiada keperluan, elakkan sebarang aktiviti di laut pada waktu ini memandangkan situasi angin kencang dan laut bergelora amat berisiko dan boleh mengancam nyawa.
Program yang bermula pada 24 November itu melibatkan pelbagai aktiviti bersama komuniti seperti acara sukan dan permainan selain cabutan bertuah untuk para hadirin.
Terdapat juga slot taklimat khas yang disampaikan oleh pegawai dari Maritim Negeri Kelantan mengenai kesedaran keselamatan di laut dan mengedarkan pelekat nombor talian kecemasan Maritim Malaysia kepada orang ramai bagi memudahkan mereka menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

