JOHOR BAHRU, 3 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah menahan dua lelaki tempatan dalam sebuah bot kayu kerana membawa serta memiliki dadah disyaki jenis syabu dalam satu operasi di sekitar perairan Tanjung Piai semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, penahanan dibuat sekitar jam 8.20 malam dalam satu operasi melalui bot ronda Maritim Malaysia yang memeriksa sebuah bot kayu mencurigakan berada di kedudukan lebih kurang 0.5 batu nautika selatan Tanjung Piai.
Penggeledahan ke atas bot yang dikendalikan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 35 tahun itu telah membawa kepada penemuan satu bungkusan putih dadah disyaki jenis syabu seberat lebih kurang satu kilogram yang disembunyikan dalam bot kayu tersebut.
Bot dan suspek telah ditahan serta bungkusan yang disyaki dadah turut dirampas seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Johor untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Meskipun bertugas lebih masa dalam bulan Ramadhan, Maritim Malaysia sentiasa serius dalam melaksanakan tugasan bagi menjaga perairan negara daripada sebarang salah laku dan aktiviti jenayah. Sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai jenayah maritim di perairan Johor, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian hotline 07-219 9404 yang beroperasi secara 24 jam atau talian kecemasan MERS 999.
![]()
![]()
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

