Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar telah ditahan di sebuah sangkar ikan di kedudukan 4.2 batu nautika Selatan Pulau Aman, Pulau Pinang oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, setelah pemeriksaan terhadap sebuah sangkar ikan yang tiada nombor pendaftaran, didapati tiga lelaki warga Myanmar berumur 23, 25 dan 30 tahun telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri (pasport) dan permit kerja yang sah. Mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.
“Kesemua PATI tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” ulasnya.
Tambah Hamizan, pengusaha sangkar ikan ditegaskan agar tidak menggajikan PATI atau pekerja asing tanpa permit yang sah malahan Maritim Negeri Pulau Pinang akan memperkuatkan pemantauan dan rondaan bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Pulau Pinang.
Orang awam digalakkan melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

