15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

HAMPIR 12,000 PEMERIKSAAN DI PERAIRAN SARAWAK SEPANJANG 2025

KUCHING, 3 JANUARI – Sebanyak 11,938 pemeriksaan telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak sepanjang tahun 2025 menerusi pengoperasian aset laut dalam memastikan keselamatan perairan, pematuhan undang-undang dan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, dalam tempoh tersebut, Maritim Negeri Sarawak merekodkan 4,276 penggeledahan serta 81 tangkapan melibatkan 353 individu dalam pelbagai kesalahan maritim. Menurut beliau Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi berbanding kesalahan maritim lain yang direkodkan oleh Maritim Negeri Sarawak.

Peningkatan keberkesanan penguatkuasaan itu jelas beliau, dipacu melalui pelaksanaan beberapa operasi utama antaranya OP NAGA SARAWAK, OP MARDOF, OP PERMAI, OP TIRIS, OP TONGKANG BALAK dan OP AMBAL yang memberi fokus kepada mengekang aktiviti haram di perairan negeri, khususnya yang melibatkan pencerobohan Vesel Nelayan Asing (VNA) dari Vietnam.

Kejayaan operasi turut disokong oleh kerjasama strategik pelbagai agensi, termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), Jabatan Perikanan Laut (DOF) Sarawak, Jabatan Laut Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Selain penguatkuasaan, Maritim Negeri Sarawak turut mencatat prestasi memberangsangkan dalam operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dengan tindak balas pantas serta koordinasi operasi yang cekap.

Antara kejayaan utama ialah kes CARILAMAT dua warga Amerika Syarikat selepas kapal layar mereka mengalami kerosakan enjin di perairan Miri sebelum diselamatkan oleh Kapal Maritim (KM) SIAGUT.

Maritim Negeri Sarawak juga berjaya menyelamatkan tujuh pemancing dalam kejadian bot karam di perairan Kuching hasil koordinasi pantas bersama Pelabuhan Senari.

Sepanjang tahun 2025, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuching telah merekodkan 21 insiden kecemasan maritim melibatkan 143 mangsa, dengan 122 orang berjaya diselamatkan, 10 disahkan meninggal dunia dan 11 lagi dilaporkan hilang.

“Maritim Negeri Sarawak bukan sahaja menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan, malah memperkukuh kesedaran melalui dialog dua hala bersama nelayan tempatan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber laut,” katanya.

Menurut beliau, Maritim Negeri Sarawak akan terus memperkasakan pemantauan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pada tahun 2026 bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat.

SARAWAK REPORT CARD

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC