LANGKAWI, 17 NOVEMBER – Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang karam di sempadan perairan Malaysia–Thailand ditamatkan hari ini selepas sembilan hari pencarian meliputi 1,745.88 batu nautika persegi tanpa sebarang penemuan baharu.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, operasi berkenaan diaktifkan pada 9 November selepas Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi menerima laporan penemuan mangsa pertama di perairan Langkawi sehari sebelum itu.
Menurut beliau, penemuan mangsa sepanjang operasi direkodkan di beberapa lokasi sekitar Pulau Singa Besar, Pulau Rebak Besar, Teluk Apau, barat Tanjung Belua dan Pulau Anak Datai.
“Semua mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pengecaman dan tindakan lanjut,” katanya.
Setakat jam 12.00 tengah hari tadi, seramai 43 mangsa berjaya ditemukan, terdiri daripada 14 mangsa terselamat seramai 12 lelaki, dua wanita dan 29 mangsa maut terdiri daripada 15 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Operasi sembilan hari itu melibatkan lebih 300 pegawai dan anggota serta penggunaan 22 aset meliputi tiga aset udara dan 19 aset laut daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Unit Dron JBPM.
Jelas Zainudin, operasi yang ditamatkan pada jam 6.30 petang ini dibuat selepas penilaian akhir mendapati, tiada petunjuk baharu selain faktor cuaca dan risiko, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) CARILAMAT.
“Maritim Malaysia telah mengoptimumkan segala keupayaan dan aset bagi memastikan setiap sektor pencarian diliputi sepenuhnya,” katanya.
Maritim Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan pihak yang terlibat termasuk PPM, JBPM, APM, DOF, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), komuniti maritim serta individu yang membantu sepanjang operasi.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

