24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

BOT SARAT IMIGRAN KARAM, SEORANG MAUT, RAMAI MASIH HILANG

LANGKAWI, 9 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi, semalam, dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira-kira 300 penumpang imigran karam di Pulau Tarutao kawasan perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, berdasarkan laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah, tiga individu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita disyaki imigran Myanmar ditemui hanyut di perairan Tanjung Chincin.

“Mereka telah diselamatkan oleh kapal MV Hong Linh 1 pada pukul 8.30 pagi sebelum dibawa ke Jeti Kilang Simen Teluk Ewa dan diserahkan kepada Balai Polis Ayer Hangat untuk tindakan lanjut,” tambah beliau.

Sementara itu, pada petang semalam, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) menemukan lebih banyak petunjuk.

Pada pukul 2.05 petang, aset PETIR 81 milik Maritim Malaysia menemukan mayat seorang wanita terapung di laut dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Langkawi sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Teriang.

Tidak lama kemudian, aset sama turut mengesan seorang lelaki warga Bangladesh di atas Kapal Layar APHRODITE. Mangsa diselamatkan dan diserahkan kepada pihak IPD Kuah, Langkawi.

Dalam operasi berasingan, aset BENTENG 7 turut menemui seorang wanita disyaki imigran Myanmar di atas sebuah vesel nelayan tempatan, sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia dan diserahkan kepada IPD Kuah Langkawi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, pada pukul 11.45 malam tadi, Bot PETIR 81 Maritim Malaysia telah mengiringi Kapal Layar ADVENTURE yang telah menemui empat orang lelaki Myanmar dan dibawa ke Jeti Telaga Harbour dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Manakala seorang lagi mangsa yang turut disyaki dari Myanmar turut dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan setelah mangsa terdampar di kawasan Kelab Golf Datai. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak IPD, Kuah.

Romli turut berkata, setakat ini seramai 11 orang termasuk satu mayat telah dijumpai dan beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penemuan mangsa yang mungkin masih berada di laut berdasarkan maklumat risikan awal bahawa bot yang dinaiki mangsa berlepas dari Buthidaung, Myanmar, dengan anggaran 300 penumpang dan dipercayai telah karam tiga hari lalu di kawasan sempadan perairan Thailand–Malaysia.

Beliau menegaskan Malaysia bukan transit bagi sebarang cubaan kemasukan tidak sah ke negara ini.

“Setiap cubaan untuk memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran akan dikesan dan diambil tindakan tegas.Isu ini bukan sekadar kemanusiaan, tetapi turut melibatkan keselamatan negara,” tegasnya.

Menurut Romli lagi, sindiket rentas sempadan kini semakin aktif mengeksploitasi migran dengan menjadikan mereka mangsa perdagangan manusia menggunakan laluan laut berisiko tinggi.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia. Semua yang terlibat akan diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Ulas Romli lagi, Maritim Malaysia bersama pasukan keselamatan lain sedang melaksanakan Operasi Guard 5.0 yang merupakan operasi bersepadu dijalankan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha menjaga sempadan perairan Malaysia-Thailand serta mengekang kemasukan bot pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Myanmar yang kebiasaannya dijangka memasuki perairan negara pada hujung tahun seperti sebelum ini.

Romli dalam pada itu turut menyeru orang ramai khususnya komuniti maritim seperti nelayan dan pengusaha bot pelancongan agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di talian 04-966 2750 / 04-966 5307 untuk maklumbalas segera.

CARILAMAT LGK3
 
CARILAMAT LGK2
 
CARILAMAT LGK4
 
CARILAMAT LGK5

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC