13
Rab, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DUA NELAYAN DIKHUATIRI HILANG MEMASUKI HARI KEDUA

BINTULU, 7 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan dilaporkan hilang selepas vesel yang dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Payung memasuki hari kedua.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi hari kedua ini telah melibatkan penglibatan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 
Keluasan pencarian hari kedua adalah seluas 35.28 batu nautika persegi melibatkan aset-aset dari Maritim Malaysia dan PDRM.
Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Pelabuhan Bintulu untuk mengkoordinasikan operasi CARILAMAT bersama agensi sahabat.
“Empat mangsa yang telah diselamatkan pada malam semalam telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Nyabau Bintulu untuk menerima rawatan lanjut dan operasi untuk mencari dua lagi mangsa terus dipergiatkan dengan bantuan aset dari agensi sahabat,” katanya lagi.
Bot ronda Maritim Malaysia telah menemukan vesel nelayan yang karam di kedudukan 3 batu nautika barat laut Kuala Suai pada pukul 11.35 pagi. Penandaan kedudukan vesel yang karam itu telah dilakukan oleh anggota bot untuk kerja-kerja penyelaman oleh Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia.
Operasi pada hari kedua ini telah melibatkan penglibatan seramai 31 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi, walaupun keadaan laut yang bergelora dengan ketinggian ombak 1.5 meter ke 2.5 meter tidak menjadi penghalang untuk operasi diteruskan.
Maritim Malaysia turut menasihati komuniti maritim agar tidak keluar ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan undang-undang pelayaran bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314 254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) untuk tindakan segera.


CARILAMAT SWK2
 
CARILAMAT SWK4
 
CARILAMAT SWK5
 
CARILAMAT SWK6



Grid List

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC