BATAM, 11 SEPTEMBER – Operasi Patrol Terkoordinasi Operasi Tindakan Maritim (PATKOR OPTIMA) Malaysia - Indonesia (MALINDO) siri 32/2025 merupakan operasi bilateral tahunan melibatkan agensi penguat kuasa maritim dari Malaysia dan Indonesia.
Wakil Ketua TPOM Malaysia merangkap Ketua Delegasi Malaysia, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, PATKOR OPTIMA MALINDO dilaksanakan di sepanjang perairan Selat Melaka bermula 12 sehingga 21 September 2025.
Ini merupakan operasi yang diadakan secara dwi-tahunan, di mana pada siri kali ini Indonesia sebagai tuan rumah untuk majlis perasmian pembukaan, di sini.
Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu dikoordinasi oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara PDRM, Pasukan Polis Marin PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Sebanyak 46 aset laut dan udara Malaysia dan lima aset Indonesia diatur gerak untuk membuat pengawasan di sepanjang Selat Melaka bagi memastikan perairan di sempadan kedua-dua negara sentiasa aman dan bebas daripada aktiviti jenayah rentas sempadan.
Majlis perasmian operasi ini disempurnakan bersama oleh Ketua TPOM Indonesia, YTh. Kolonel BAKAMLA Lukman Kharish, S.T., M.Han
Untuk rekod, PATKOR OPTIMA merupakan platform kerjasama strategik antara penguat kuasa maritim dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti isu-isu semasa membabitkan salah laku jenayah rentas sempadan serta kaedah terbaik menyelesaikannya.
Pelaksanaan program ini secara dwi-tahunan telah tertangguh kira-kira dua tahun disebabkan Pandemik COVID-19.
Eksesais serta operasi bilateral ini adalah penting dilaksanakan, memandangkan Selat Melaka adalah laluan utama perkapalan dunia serta titik panas bagi aktiviti jenayah rentas sempadan.
Kolaborasi serta persefahaman menguatkuasakan undang-undang oleh Malaysia - Indonesia adalah penting, dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan yang memerlukan komitmen bersepadu antara semua pihak.
Salah laku jenayah seperti penyeludupan migran, penyeludupan dadah dan kontraban serta isu pencerobohan bot nelayan merupakan kegiatan jenayah yang lazim berlaku di Selat Melaka.
Justeru PATKOR OPTIMA ini amat diperlukan agar kesejahteraan perairan kedua- dua negara sentiasa berada dalam keadaan yang tenteram dan selamat.
Aktiviti pembukaan turut melibatkan lawatan oleh kedua-dua deligasi MALINDO terhadap dua unsur laut daripada APMM (KM SATRIA DAN KM MARUDU) & satu unsur laut PPM, PDRM (Kapal PA 14) yang berlabuh di Jeti Pangkalan BAKAMLA, Barelang, Batam.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

