14
Kha, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN

KUANTAN, 17 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di kedudukan kira-kira 0.23 batu nautika dari timur Pantai Pontian lebih kurang pukul 12.30 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penahanan dilakukan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Op Makmur dan Op Tiris, selepas mengesan sebuah vesel jenis fiber pukat hanyut yang mencurigakan beroperasi di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan lanjut mendapati vesel tersebut dikendalikan enam kru termasuk tekong warga tempatan, berumur lingkungan 21 hingga 37 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel berkenaan disyaki melakukan tiga kesalahan iaitu pemilik tidak mengusahakan sendiri, gagal memaklumkan pertukaran enjin vesel serta membawa awak-awak melebihi jumlah yang dibenarkan dalam syarat sah lesen.

Vesel dan semua kru bersama peralatan menangkap ikan serta hasil laut anggaran lebih kurang 150 kilogram telah ditahan, seterusnya diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik vesel yang mengambil jalan mudah melanggar undang-undang demi mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesannya terhadap sumber perikanan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

 

SYARAT LESEN3
 
SYARAT LESEN
 
SYARAT LESEN4
Grid List

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC