LAHAD DATU, 21 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Lahad Datu telah menyelamatkan enam mangsa apabila bot fiber yang dinaiki telah mengalami kebocoran di Perairan Pulau Timbun Mata, Kunak semalam.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu telah menerima panggilan pada pukul 1.45 petang daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu memaklumkan terdapat sebuah bot fiber yang ditugaskan menghantar bekalan air reverse osmosis (RO) ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) mengalami kebocoran selepas terlanggar kayu hanyut.
Ketika kejadian, Bot BANGGI 45 yang sedang melakukan rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa selepas menerima laporan.
‘’Bot BANGGI 45 telah diaturgerak ke lokasi berkenaan berjaya menemukan enam mangsa di Perairan Pulau Batik, Kunak dengan bantuan pam bot kerana keadaan laut yang cetek
“Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan yang dilaporkan,” jelas beliau.
Sementara itu, tiga mangsa iaitu Lajim bin Paisal, 37 tahun bersama dua anaknya berumur 10 dan 6 tahun dibawa pulang ke jeti Perikanan Lahad Datu dengan selamat.
Manakala tiga lagi mangsa, Adim bin Salemu, 42 tahun, Aswan bin Mohd Akram,29 tahun dan Fauzi bin Saikula, 30 tahun menunggu ketibaan bot syarikat ke Pulau tersebut bagi tujuan pembaikan bot fiber tersebut. Ketiga-tiga mereka selamat tiba di darat pukul 2.00 pagi tadi.
Maritim Malaysia mengingatkan semua pengendali bot agar memastikan kesemua kru serta penumpang memakai jaket keselamatan setiap kali mengendalikan bot.
“Ini bukan sahaja prosedur operasi standard, tetapi juga langkah penting untuk menggelakkan kehilangan nyawa sekiranya berlaku insiden semasa di laut,” tambah beliau.
Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau insiden di laut kepada Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA
PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.
“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.
Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.
Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.
Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.
Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

