PUTRAJAYA, 18 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus menggandakan usaha meningkatkan kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat menerusi penglibatan aktif dalam program-program media arus perdana.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Komander Maritim Ardi Mat Nawi berkata, kerjasama strategik bersama media adalah saluran paling efektif untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan keselamatan di laut, terutama langkah yang perlu diambil ketika berdepan kecemasan.
“Media berperanan besar dalam memastikan mesej keselamatan disampaikan secara meluas dan berkesan. Saluran seperti RTM merupakan platform yang dipercayai rakyat untuk mendapatkan informasi sahih dan tepat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menjadi jurucakap Maritim Malaysia dalam program bual bicara Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM, hari ini.
Dalam sesi tersebut, Ardi turut berkongsi statistik operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dijalankan oleh Maritim Malaysia. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 226 kes direkodkan melibatkan 1,348 mangsa, dengan 1,259 berjaya diselamatkan, 64 disahkan maut dan 25 lagi masih hilang.
Sementara itu, bagi tempoh sehingga 31 Mei 2025, sebanyak 108 insiden telah direkodkan melibatkan 251 mangsa. Daripada jumlah itu, seramai 203 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 36 terkorban dan 12 masih belum ditemui.
“Statistik ini membuktikan bahawa usaha memberikan pendidikan serta meningkatkan kesedaran keselamatan maritim kepada masyarakat perlu diteruskan dan diperhebatkan,” ujarnya.
Melihat kepada angka yang membimbangkan itu, Maritim Malaysia komited meneruskan pendekatan berterusan melalui kempen pendidikan dan pencegahan. Sehubungan itu, tema ‘Berapung Untuk Hidup’ dikekalkan sempena Sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025). Ia sebagai simbolik penting kepada kemahiran asas bertahan hidup yang mampu menyelamatkan nyawa ketika berlaku insiden di laut.
“Pada tahun ini, HKKM 2025 bakal berlangsung pada 28 Jun di Tanjung Harapan, Klang, Selangor. Program ini merupakan platform penting untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan di laut secara langsung dan interaktif,” tambahnya.
Sementara itu Ardi turut menggesa pemilik vesel dan bot agar sentiasa melengkapkan kenderaan mereka dengan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan Personal Locator Beacon (PLB) berasaskan satelit yang boleh mempercepatkan proses pencarian sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam program media arus perdana dilihat selari dengan aspirasi agensi untuk mendekati masyarakat serta memupuk tanggungjawab kolektif dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

















.svg.png)

