19
Ahd, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN GAJIKAN PEKERJAAN ASING TANPA KEBENARAN

KUCHING, 23 NOVEMBER – Maritim Negeri Sarawak menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C2 kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di perairan Tanjung Muara Tebas, semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, vesel itu ditahan pada jam 11.24 malam oleh aset Maritim Malaysia di kedudukan 1.21 batu nautika dari timur Tanjung Muara Tebas ketika pihaknya melakukan rondaan OP PERMAI dan OP TIRIS sedang menuju ke Jeti Tanjung Bako.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel itu dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama lima kru warga Kemboja dan dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 23 hingga 64 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan permohonan kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

Berikutan penahanan tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Vesel bersama kesemua kru ditahan seterusnya diiring ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Sallahudin (KOMTAS) Kuching dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan.

Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan serta sentiasa memantau sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan aktiviti perikanan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432544 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

VESEL C2 2
 
VESEL C2 3
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC