PUTRAJAYA, 13 NOVEMBER – Menjelang ulang tahun Maritim Malaysia yang ke-20 pada tahun hadapan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menggunakan sistem Pusat Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer, Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan (C4ISR - Command, Control, Communications, Computers, Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance) bagi melengkapi keperluan operasi Agensi ini.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, sistem C4ISR penting bagi memastikan Pusat Operasi Maritim (POMAR) dapat berfungsi dengan efektif dan lancar, khususnya dalam menerima serta menganalisis maklumat yang berkaitan dengan ancaman maritim, aktiviti jenayah terutamanya di kawasan hotspot sempadan perairan negara selain mengkoordinasikan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.
Jelas beliau, melalui penggunaan C4ISR, Maritim Malaysia dapat menyelaraskan operasi dengan pantas dan tepat, sekali gus membolehkan pegawai dan anggota yang berada di lapangan bertindak dengan lebih cekap terhadap sebarang situasi.
“C4ISR mempunyai 3 sistem utama iaitu MCGMDA (Malaysia Coast Guard Maritime Domain Awareness), merupakan integrasi Maritim Malaysia bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Jabatan laut Malaysia (JLM) dimana pemantauan kapal-kapal yang mempunyai sistem Automatic Identification System (AIS).”
“MCGVTMS (Malaysia Coast Guard Vesel Tracking and Monitoring System) pula merupakan sistem bagi memantau aset-aset Maritim Malaysia dengan menggunakan Secured Automatic Identification System bagi memastikan lokasi aset Maritim Malaysia ini tidak boleh dikesan menggunakan radar. Manakala MCGIIS (Malaysia Coast Guard Intelligence Information System) merupakan sistem bagi menganalisis data dan maklumat berkenaan jenayah rentas sempadan, hotspot dan ancaman maritim,” tambah beliau.
Datuk Haji Mohd Rosli berkata demikian melalui satu Kenyataan Media rasmi yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia hari ini bagi menyahut kenyataan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saiffudin Nasution Ismail berkaitan penggunaan teknologi dalam meningkatkan kawalan sempadan.
Dalam hal yang berkaitan, Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, Maritim Malaysia akan membangunkan MCGNet (Malaysia Coast Guard Network) dalam mengukuhkan dan memartabatkan lagi komunikasi antara aset di laut dan udara seperti yang terkandung dalam C4ISR.
“Penggunaan C4ISR ini bakal mengukuhkan lagi pengawasan di Zon Maritim Malaysia daripada segala ancaman dan jenayah maritim dengan lebih efisien dan efektif,” tambah beliau.
C4ISR dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya sekitar bulan Februari Tahun 2025 dengan melibatkan integrasi sistem milik Maritim Malaysia di Negeri Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Stesen Udara Maritim Subang, serta agensi keselamatan yang telah menggunakan sistem yang sama seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

