KUALA LUMPUR, 22 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya melancarkan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin berkata, Pelan Strategik 10 tahun ini dirancang sebagai landasan pertengahan untuk mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Serantau dalam Penguatkuasaan Maritim dan CARILAMAT atau Bantuan Bencana.
Beliau menjelaskan, pelan strategik ini dihasilkan bersesuaian dengan perubahan keadaan strategik maritim dan kepelbagaian jenayah maritim serta risiko terhadap komuniti maritim.
Tambahnya lagi, melalui pelan ini diharapkan Maritim Malaysia mampu merealisasikan visi untuk menjadi antara agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Pelancaran Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033 di ibu negara hari ini.
Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Bahagian II,Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Shamril Faizalis bin Shamsul Bahari serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam bin Mustapa.
Mengulas lanjut, Datuk Hamid memaklumkan pelan strategik ini menggariskan empat teras utama iaitu memperkukuh keselamatan dan ketenteraman maritim, memperkasakan pengurusan logistik dan pembangunan, memperkasa sistem penyampaian dan tadbir urus serta memperkasa tenaga kerja yang terampil dan berintegriti.
Katanya lagi, fokus utama pelan strategik ini adalah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang maritim dan panduan dalam membimbing melalui setiap langkah dan keputusan yang diambil dalam perjalanan menuju kecemerlangan.
Manakala dalam konteks CARILAMAT / Bantuan Bencana, tumpuan turut diberikan melalui bagaimana meningkatkan profesionalisme dan tindakan yang lebih holistik warga Maritim Malaysia dalam memberikan bantuan kepada mangsa.
Selain menjadikan Pelan Strategik ini sebagai panduan dan rujukan kepada semua peringkat di Maritim Malaysia, Datuk Hamid turut menggesa agar warga agensi ini menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam usaha membanteras jenayah maritim.
Terdahulu Datuk Hamid menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi penguatkuasaan, pemegang taruh, pihak berkepentingan serta United Nations Office of Drugs and Crime (Global Maritime Crimes Programme) dalam merealisasikan penghasilan Pelan Strategik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023 - 2033.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

