GEORGETOWN, 15 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat bagi menjejaki dua kru bot hanyut yang dijumpai berhampiran perairan sangkar ikan Batu Maung sekitar jam 9.00 pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, pihaknya telah menerima panggilan telefon dari nelayan tempatan berhubung sebuah bot dijumpai hanyut tanpa kru berhampiran sangkar ikan batu maung sekitar jam 8.20 pagi tadi dan bot KILAT 26 diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mengesan bot tersebut.
Sebaik tiba di lokasi bot dengan nombor pendaftaran PPS 7216 telah ditemui berada disalah sebuah sangkar ikan Batu Maung yang dibawa oleh nelayan berhampiran bagi menggelakkan bot terus hanyut ke lokasi lain.
Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati, bot tersebut dinaiki oleh Gunalan a/l Munusamy, 46, dari Bukit Tambun berdasarkan dokumen pengenalan diri yang dijumpai di atas bot dan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah dimaklumkan dan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 9.00 pagi.
Manakala hasil maklumat yang diterima dari pihak Polis Bukit Tambun, isteri mangsa yang hilang turut membuat laporan polis berhubung kehilangan suami beliau yang keluar ke laut bersama rakan bernama Muraley a/l Varathaiah, 53, lebih kurang jam 5.00 pagi tadi. Laporan dibuat setelah isteri beliau mendapat maklumat dari komuniti nelayan berkenaan bot yang dinaiki oleh suaminya dijumpai hanyut tanpa ada orang di dalamnya.
Bot kemudiannya ditunda oleh bot KILAT 26 ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan langkah-langkah keselamatan ketika melakukan apa jua aktiviti semasa berada di laut .
Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
![]()
![]()
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

