PASIR PUTEH, 13 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan melupuskan dua bot nelayan asing Vietnam secara musnah pecah di Pusat Tahanan Vesel, Maritim Negeri Kelantan, hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin berkata, kedua-dua bot yang dilupuskan telah ditahan melalui OP DAMAI dan OP KUDA LAUT, pada Februari dan April tahun lepas itu telah dilucut hak oleh mahkamah pada 30 November 2021.
Penahanan dua bot ini turut melibatkan tahanan ke atas 12 kru termasuk tekong warga Vietnam dengan rampasan dua bot, 100 kilogram ikan, 30 kilogram gamat, sejumlah 7,350 liter diesel termasuk peralatan navigasi serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM2.06 juta.
Kesemua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Kesemua 12 kru termasuk tekong dihukum di bawah Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.
Nilai denda mahkamah bagi kesemua yang ditahan berjumlah RM3.1 juta namun kesemua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan.
Tempoh hukuman penjara antara lima bulan hingga tujuh bulan.
Pada tahun ini, sebanyak lima buah bot telah dilupuskan melalui kaedah penenggelaman dan musnah pecah dengan nilai anggaran RM7.56 juta.
Sejak tahun 2007, sebanyak 18 bot dilupuskan secara musnah pecah dengan nilai anggaran RM26.06 juta.
Secara keseluruhannya, Maritim Negeri Kelantan telah melupuskan sebanyak 251 bot nelayan asing Vietnam melalui pelbagai kaedah dengan anggaran nilai RM375.06 juta.
Kedua-dua bot ini dilupuskan dengan kaedah musnah pecah memandangkan badan bot yang telah reput dan tidak sesuai dijadikan tukun tiruan.
Maritim Negeri Kelantan sentiasa tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri Kelantan khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan perairan negara terpelihara.
Maritim Negeri Kelantan akan sentiasa berusaha memastikan perairan negeri Kelantan sentiasa selamat kepada komuniti maritim. Sebarang maklumat berkenaan PENGUATKUASAAN dan CARILAMAT boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09 – 778 0070.
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA
DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA
VESEL ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI SARAWAK
20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
DSA & NATSEC ASIA 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP 'INFOTAINMENT' PAMER KEHEBATAN
DSA & NATSEC ASIA 2024 | BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN
PROGRAM PREVENTIVE SAR | SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG LUAK, MIRI SARAWAK
MIRI, 8 MEI – Zon Maritim Miri mengadakan program sembang santai bersama komuniti nelayan yang dihadiri oleh 30 komuniti nelayan terdiri daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), nelayan-nelayan bot fiber dan tradisional serta pemancing rekreasi di Kampung Luak pada 7 Mei (Selasa).
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi mendengar aduan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan keselamatan di laut selain menjadi ruang menyampaikan informasi ‘Preventive SAR’.
Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman, wakil Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kampung Luak dan Luput serta anggota Zon Maritim Miri.
Dalam slot ‘Preventive SAR’, pegawai Zon Maritim Miri turut menyampaikan taklimat secara santai dan mengedarkan risalah keselamatan kepada komuniti maritim yang hadir.
Di akhir program kesemua peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan yang baik terjalin hasil daripada penganjuran pertemuan ini.
Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat mencapai objektifnya dalam menyelami keluhan dan aduan komuniti maritim setempat selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sebagai mata dan telinga pihak penguat kuasa.