PUTRAJAYA, 6 Julai – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som hari ini menerima kunjungan hormat daripada First Secretary Australian Border Forces (ABF), Inspector Uriah Turner yang akan menamatkan tugas di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Australia Kuala Lumpur dan kembali bertugas di Australia selepas tiga tahun berkhidmat di Malaysia.
Maritim Malaysia juga merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Inspector Uriah Turner di atas kerjasama erat yang telah diberikan sepanjang mengendalikan urusan serta aktiviti bersama Maritim Malaysia, terutamanya melibatkan penganjuran Operasi REDBACK XV Langkawi 2021 yang lalu.
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MENTERI DALAM NEGERI LAWAT RERUAI MARITIM MALAYSIA
DSA & NATSEC ASIA 2024 | PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MARITIM MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA
VESEL ASING INDONESIA DITAHAN MARITIM NEGERI SARAWAK
20 LAGI SET BUBU NAGA DIRAMPAS MARITIM NEGERI PERAK
DSA & NATSEC ASIA 2024 | RERUAI MARITIM MALAYSIA TERIMA REAKSI POSITIF PENGUNJUNG
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA INTAI SISTEM DAN SENJATA TERKINI
DSA & NATSEC ASIA 2024 | MARITIM MALAYSIA TAMPIL KONSEP 'INFOTAINMENT' PAMER KEHEBATAN
DSA & NATSEC ASIA 2024 | BINA KETAHANAN NEGARA UNTUK GENERASI MASA DEPAN
PROGRAM PREVENTIVE SAR | SEMBANG SANTAI BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG LUAK, MIRI SARAWAK
MIRI, 8 MEI – Zon Maritim Miri mengadakan program sembang santai bersama komuniti nelayan yang dihadiri oleh 30 komuniti nelayan terdiri daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), nelayan-nelayan bot fiber dan tradisional serta pemancing rekreasi di Kampung Luak pada 7 Mei (Selasa).
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi mendengar aduan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu berkaitan keselamatan di laut selain menjadi ruang menyampaikan informasi ‘Preventive SAR’.
Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri, Leftenan Komander Maritim Muhd Firdaus bin Saniman, wakil Pengerusi dan ahli-ahli Persatuan Nelayan Kampung Luak dan Luput serta anggota Zon Maritim Miri.
Dalam slot ‘Preventive SAR’, pegawai Zon Maritim Miri turut menyampaikan taklimat secara santai dan mengedarkan risalah keselamatan kepada komuniti maritim yang hadir.
Di akhir program kesemua peserta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan yang baik terjalin hasil daripada penganjuran pertemuan ini.
Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat mencapai objektifnya dalam menyelami keluhan dan aduan komuniti maritim setempat selain menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat sebagai mata dan telinga pihak penguat kuasa.