LANGKAWI, 16 Mac - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang, Consul Consular Amita Pramasufi bersama empat tetamu pengiring iaitu Leftenan Komander Danial Andri Winanto, Sofyan Arief (Polri), Fahrian Fadillah dan Amal Ihwanudin di ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Pulau Langkawi pada 16 Mac lalu.
Pertemuan ini diadakan bertujuan bagi bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu-isu yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia dan mengeratkan hubungan sesama agensi penguatkuasaan antara negara serantau serta memperkukuhkan keselamatan di sempadan perairan kedua-dua negara.
Pada pertemuan ini juga ia turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly serta pegawai-pegawai Seksyen Siasatan, Negeri Kedah dan Perlis.
KAPAL KOREK DITAHAN LANGGAR SYARAT MSO 1952
MARITIM NEGERI PERAK | RAMPAS 60 SET BUBU NAGA DI DUA LOKASI BERBEZA
MINUMAN KERAS BESERTA BOT FIBER DAN ENJIN BERNILAI LEBIH RM472 RIBU DIRAMPAS MARITIM MALAYSIA
LAGI 50 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KERIAN
35 SET BUBU NAGA TERUS DIRAMPAS DI PULAU TALANG
DUA WARGA TEMPATAN BERSAMA SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN
ZON MARITIM BINTULU | BOT NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN SARAWAK DITAHAN
OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN
KONTIJEN MARITIM NEGERI SABAH DAN W.P LABUAN SERTAI PERBARISAN ANZAC DAY COMMEMORATION ‘LES WE FORGET’
KOTA KINABALU, 25 APRIL – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengambil bahagian dalam Perbarisan Anzac Day Commemoration 'Lest We Forget' yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, Jalan Tugu semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, tujuan perbarisan ini adalah bagi memperingati pengorbanan semua askar Australia dan New Zealand atau singkatannya ANZAC yang gugur dalam Perang Dunia Kedua di Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, juga pegawai-pegawai kanan termasuk Pegawai Memerintah Kapal.
Kontijen Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan diketuai oleh Leftenan Muda Maritim Mohd Ariff bin Abdul Halim serta 30 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berpangkalan di Kota Kinabalu.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam perbarisan ini adalah bagi meniupkan rasa kecintaan tanah air dan semangat menghargai kemerdekaan dalam kalangan warga Maritim Malaysia di samping memberi inspirasi untuk terus memartabatkan kedaulatan negara.