PELABUHAN KLANG, 9 MAC 2020 - Maritim Negeri Selangor berjaya mematahkan cubaan seludup masuk barang yang dibawa oleh sebuah bot barter trade di kedudukan 0.2 batu nautika Pelabuhan Barat Klang kira-kira jam 3.40 petang, kelmarin.
Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim berkata, hasil daripada maklumat risikan, bot maritim berjaya menahan bot barter trade itu dan hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 lelaki warganegara Indonesia berada di atas bot termasuk nakhoda.
Menurut Rosli, kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah namun disyaki membawa barangan yang tiada dalam manifest dan tidak mendapat pengisytiharan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Antara barang yang dibawa adalah magic tissue, jamu, minyak kayu putih, madu, losyen, ubat gigi, deodoran dan pelbagai barangan kosmetik.
“Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Balai, Indonesia ke Jeti Asa Niaga, Pelabuhan Klang dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM618,167.20 termasuk bot. Kesemua OYDS berusia dalam lingkungan 28 hingga 44 tahun disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (A) Akta Kastam 1967, Peraturan 130 Peraturan Makanan 1985, Peraturan 7 dan 18A, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Seksyen 361 dan 365A Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dimana jika disabit kesalahan boleh di denda minimum 200 hingga 500 ribu. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut” ujar beliau.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.















.svg.png)

