COLOMBO, 30 OKTOBER – Kapal EX-USCG Cutter Steadfast milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam misi pulang ke negara ini kini berada di Colombo, Sri Lanka selepas kapal berkenaan mengharungi tujuh hari pelayaran dari Pelabuhan Djibouti yang bermula pada 20 Oktober lalu.
Pegawai Memerintah Kapal EX-USCG Cutter Steadfast, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar berkata, pelayaran tersebut merupakan antara fasa mencabar dalam misi membawa pulang kapal ke tanah air selepas menempuh lebih 10,000 batu nautika sejak bertolak dari Baltimore, Amerika Syarikat.
Sepanjang tujuh hari pelayaran, kami berdepan keadaan laut bergelora selama tiga hari akibat beberapa siklon tropika yang melanda Lautan Hindi.
"Namun, dengan semangat tinggi dan disiplin kru, kapal dapat dikendalikan dengan baik serta selamat tiba di Colombo mengikut jadual," katanya.
Ketibaan kapal di Pelabuhan BQ III, Colombo disambut dengan penuh istiadat ketenteraan oleh Tentera Laut Sri Lanka yang diketuai oleh Capten PVT Mahesh dari Western Naval Command dan Lefternan Comander KRP Kaluwaggala, yang turut dilantik sebagai Navy Liaison Officer (NLO) bagi pihak Tentera Laut Sri Lanka.
Mohd Fahimi turut memaklumkan, persinggahan di Colombo memberi peluang kepada kapal melaksanakan ulang bekal, rehat dan mendapatkan rawatan kepada kru kapal.
"Selain itu, kru turut berpeluang menikmati keindahan bandar Colombo serta mengenali budaya setempat, sekali gus memperkukuh semangat setiakawan antara kedua-dua negara," tambah beliau.
Sebelum meneruskan pelayaran pulang ke Malaysia, satu majlis kenaikan pangkat dilaksanakan secara sederhana di kapal bagi meraikan Pegawai Waran II Maritim Mohd Sukri bin Zakaria dan Pegawai Waran II Maritim Ainol Hisham bin Abdul Malek yang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran I Maritim mulai 27 Oktober 2025.
Majlis tersebut diharap dapat menyuntik semangat seluruh kru kapal EX-USCG Cutter Steadfast untuk terus menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

















.svg.png)

