BINTULU, 22 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 4.5 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, Bintulu petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot penumpang berwarna putih yang sedang belayar menuju muara Sungai Kemena.
Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warga tempatan berumur 22 tahun.
Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Kaedah 12, Kaedah-Kaedah Bot 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana dikehendaki oleh pegawai pelabuhan, yang jika disabitkan boleh dikenakan denda atau kompaun.
Bot berserta kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi segala peraturan atau undang-undang serta mengamalkan prosedur keselamatan ke laut bagi mengelak serta mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku.
Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA
PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.
“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.
Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.
Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.
Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.
Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















.svg.png)

