KUALA TERENGGANU, 1 JULAI – Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencandat sotong diperairan Pulau Bidong sejak 25 Jun lalu, secara rasmi ditamatkan pada pukul 7.00 malam tadi setelah memasuki hari ketujuh tanpa sebarang petunjuk baharu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, operasi pencarian hari terakhir hari ini melibatkan Kapal Maritim (KM) RAWA dan Bot PENGAWAL 16 yang digerakkan seawal pukul 7.00 pagi.
"Pencarian difokuskan di kawasan seluas 148.95 batu nautika persegi sekitar perairan Pulau Kapas, namun tiada penemuan signifikan direkodkan sehingga operasi ditamatkan," katanya.
Terdahulu mangsa, Mohd Noor, 64, dipercayai ke laut seorang diri dan gagal pulang ke rumah, mencetuskan pencarian besar-besaran Maritim Malaysia serta komuniti nelayan sejak seminggu lalu.
Sementara itu, suasana di Jeti Tok Jembal menjadi tumpuan masyarakat setempat yang hadir memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa sejak hari pertama Pengkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan.
PHC yang diwujudkan di jeti berkenaan turut membantu mempercepatkan proses penyelarasan maklumat serta pengecaman sebarang penemuan yang dikaitkan dengan mangsa.
Walaupun operasi rasmi telah ditamatkan, ahli keluarga mangsa serta penduduk setempat masih berharap agar Mohd Noor pulang dalam keadaan selamat walaupun setelah seminggu mangsa hilang di laut.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.














.svg.png)

