24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

BOT ALAMI KEROSAKAN DI LAUT, MARITIM PERAK BERTINDAK PANTAS SELAMATKAN TIGA NYAWA

LUMUT, 27 JUN – Detik cemas dialami tiga warga tempatan yang terperangkap di tengah laut selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akhirnya berakhir dengan kelegaan apabila pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya menyelamatkan mereka dalam operasi pantas pagi tadi.

Insiden berlaku kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Pulau Dua, apabila bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) yang mereka naiki gagal berfungsi akibat kerosakan enjin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 10.55 pagi daripada salah seorang mangsa, Encik Ahmad Kushayry bin Samsudin, yang memaklumkan bot mereka tidak dapat bergerak dan memerlukan bantuan segera.

Tambahnya lagi, maklumat itu kemudian disalurkan ke Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, sebelum Kapal Maritim (KM) TUGAU diarahkan bergegas ke lokasi kejadian bagi melaksanakan misi menyelamat.

“KM TUGAU tiba di lokasi pada pukul 11.50 pagi dan berjaya mengesan bot tersebut bersama tiga mangsa dalam keadaan selamat.

“Mereka terus diberikan bantuan dan dibawa pulang ke jeti bersama bot yang rosak,” kata Shukri.

Kecekapan tindak balas pantas pasukan penyelamat ini sekali lagi membuktikan tahap kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut.

Shukri turut menegaskan, keselamatan maritim tidak wajar dipandang ringan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering menjalankan aktiviti di perairan negara. Persediaan rapi serta pemeriksaan teknikal bot sebelum keluar ke laut amat penting bagi mengelakkan risiko yang boleh meragut nyawa.

Dalam masa sama, beliau menggesa komuniti maritim dan orang awam agar terus bekerjasama dengan Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan di laut.

“Sebarang kecemasan atau maklumat jenayah maritim boleh disalurkan melalui talian 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan segera,” katanya.

Ketangkasan operasi hari ini bukan sahaja menyelamatkan tiga nyawa, malah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap peranan agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

 

LUMUT ROSAK2
 
LUMUT ROSAK3
 
LUMUT ROSAK4
Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC