LANGKAWI, 19 JUN – Cubaan menyeludup dadah menggunakan dua bot fiber berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi bersepadu di kedudukan lebih kurang 0.03 batu nautika Timur Taman Nilam, dekat sini, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang itu, dua bot fiber yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia menerusi rondaan rutin di bawah pelaksanaan OP AMAN, OP TIRIS 3.0, OP MARDOF UTARA 1/2025 dan OP BERSEPADU bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Pasukan Polis Marin (PPM).
Romli turut berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot terbabit melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tekong salah sebuah bot bertindak melarikan diri dengan memecut ke kawasan cetek sebelum terjun ke dalam sungai untuk meloloskan diri.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot menemukan 21 paket kecil straw, lima paket lutsinar disyaki mengandungi syabu, satu paket disyaki morfin serta beberapa peralatan membungkus dadah,” jelasnya lagi.
Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM41 ribu. Kedua-dua bot serta barang kes telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan terus mempergiat rondaan serta operasi di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Kedah dan Perlis,” tegasnya.
Dalam masa sama, Maritim Malaysia menyeru orang awam, khususnya komuniti maritim dan nelayan, agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di 04-9662750.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.















.svg.png)

