PORT DICKSON, 23 JUN – Malaysia hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO, selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), sekali gus menandakan permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, lawatan yang bermula dari 23 hingga 27 Jun 2025 ini bukan sekadar memperkasa hubungan strategik yang sedia terjalin di antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara, tetapi ia juga lambang keyakinan JCG terhadap Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama keselamatan maritim bagi menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks dan mencabar.
“Kehadiran MIZUHO adalah simbol kepercayaan Jepun terhadap keupayaan Maritim Malaysia sebagai rakan penting di rantau ini”.
“Kedua-dua agensi bukan sahaja akan berkongsi pengalaman dan kepakaran, tetapi mencari kata sepakat bersatu demi keselamatan perairan serantau dari sebarang ancaman,” tegas Zawawi.
Beliau berkata demikian ketika hadir menyambut ketibaan kapal MIZUHO milik negara ‘matahari terbit’ itu di sini hari ini.
Turut hadir sama, Duta Jepun ke Malaysia, Ambassador Shikata Noriyuki bersama pegawai dari Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Mobile Coordination Team (MCT). Manakala JCG diwakili oleh Timbalan Komandan Operasi, Mr. Kanosue Hiroaki, serta enam pegawainya yang lain.
Sementara itu, Ambassador Shikata Noriyuki menegaskan, lawatan MIZUHO ke Malaysia adalah penting dalam menjaga hubungan erat antara kedua-dua agensi penguat kuasa maritim ini khususnya dalam meneruskan aspek latihan dan operasi bersama di samping perkongsian teknologi.
“Kerjasama antara Japan Coast Guard dan Maritim Malaysia sejak tahun 2006 telah memainkan peranan penting dalam membina keupayaan penguatkuasaan maritim serantau,” jelas beliau.
Antara pengisian utama lawatan MIZUHO termasuk Latihan Teknik Penahanan (Arresting Technique Training) dan latihan Long Range Acoustic Device (LRAD) kendalian JICA dan MCT, kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta latihan bersama MIZUHO dan Kapal Maritim (KM) BANGGI milik Maritim Malaysia di Perairan Selangor.
Lawatan MIZUHO ini diharap menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama dua hala antara kedua-dua Agensi Penguat kuasa maritim dalam mengekang jenayah rentas sempadan, meningkatkan kemampuan dalam mencari dan menyelamat, selain mengangkat hubungan maritim ke tahap strategik, demi memastikan rantau ini kekal bebas dan berdaulat untuk generasi akan datang.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

















.svg.png)

