LAHAD DATU, 18 JUN – Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan kerana disyaki menceroboh dan meneroka kawasan Hutan Simpan Lahad Datu secara haram dalam OP BAKAU yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu bersama Jabatan Perhutanan Sabah semalam.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, pemeriksaan pasukan operasi mendapati kawasan seluas kira-kira lima ekar telah diceroboh dan dibuka secara haram.
“Kegiatan yang dikesan termasuk penebangan pokok bakau, pembakaran terbuka, penanaman kelapa sawit, tanaman buah-buahan serta sayur-sayuran,” ujar Dzulfikhar.
Beliau turut mendedahkan, sebuah rumah kediaman dan struktur bangunan sarang burung walit juga telah dibina tanpa sebarang kebenaran pihak berkuasa.
Suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Lahad Datu untuk tindakan siasatan lanjut.
Menurut Dzulfikhar, pelaksanaan operasi bersepadu seperti ini adalah langkah penting bagi memastikan kawasan hutan simpan, perairan dan pesisir pantai kekal terpelihara daripada sebarang aktiviti pencerobohan haram.
“Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja melindungi ekosistem semula jadi, malah turut menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” tegasnya.
Zon Maritim Lahad Datu katanya, akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha memperhebat kawalan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan tanggungjawabnya.
Orang awam digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui aplikasi WhatsApp Zon Maritim Lahad Datu di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.
















.svg.png)

