24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

KAPAL OPV1 MULAKAN RONDAAN SULUNG DI PERAIRAN SARAWAK .

KUCHING, 18 Januari - Selepas diserahkan kepada Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2 Januari yang lalu, Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasmi memulakan pengoperasian pertamanya dengan melakukan pemantauan di kawasan perairan Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi memaklumkan, pengoperasian sulung Kapal OPV1 ini dijangka akan memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan laluan kapal-kapal dagang yang menghubungkan dari bahagian selatan ke bahagian utara laut berkenaan.

Jelasnya, keberadaan Kapal OPV1 ini mampu memenuhi matlamat operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu konsep deterrent bagi mengekang pencerobohan kapal-kapal asing. Kapal OPV1 akan menjadi kapal induk kepada bot-bot peronda Maritim Malaysia yang akan melakukan rondaan penguatkuasaan di kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh masuk ke laut negara bagi melakukan aktiviti penangkapan ikan.

Ujar beliau lagi, kehadiran Kapal OPV1 juga bertujuan untuk mengurangkan risiko syarikat carigali dan petroleum menjadi sasaran kes rompakan di laut memandangkan kapal berkenaan berkeupayaan untuk melakukan operasi di laut dalam jangka masa 21 hari tanpa ulang bekal.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan tinjauan pengoperasian kapal berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin dan Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

Selain Kapal OPV1, Maritim Malaysia turut bakal melaksanakan perolehan bagi 10 buah aset strategik maritim seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu.

Mengulas lanjut berkaitan status Kapal OPV2 dan OPV3, YBhg. Datuk Haji Ruji memaklumkan bahawa perkara berkenaan akan diangkat ke peringkat Menteri Kabinet.

Beliau terdahulu memaklumkan, Majlis Penamaan OPV1 ini dijadualkan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam masa yang terdekat.

 

opv 1   opv 6   opv 8
Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC